Solvent Printing

Menggunakan Printer Konica 512i dengan kelajuan Maximum 1200 sq.ft / jam (bersamaan 100pcs bunting sejam).

Sesuai untuk mencetak saiz yang besar seperti Banner, Bunting, Backdrop, Billboard.

Material yang digunakan adalah Tarpaulin atau nama lainnya Vinyl Flex atau Frontlit Banner. Mempunyai pelbagai pilihan ketebalan seperti:-

  • 250-260gsm (nipis) – untuk kegunaan yang sementara (sekali pakai) seperti Banner kawin
  • 300-320gsm (biasa) – kebanyakan banner diluar sana menggunakan ketebalan ini
  • 380-400gsm (tebal) – untuk kegunaan backdrop & billboard, lebih tahan lama dan lebih cantik.

Tarpaulin ini didatangkan dengan ukuran 10 kaki x 160 kaki segulung. Kebiasaannya setiap job akan disusun dalam 10 kaki x 30 kaki sebelum proses cetakan dimulakan.

Tiada saiz standard untuk Banner, Pelbagai saiz boleh dimuatkan seperti 10×3, 20×5, 8×4, 2×6, 10×30, 40×10 dan lain-lain. 

Sekiranya ukuran melebihi saiz tarpaulin seperti billboard 30×15, 60×40, 40×20, Tarpaulin akan disambung.